Khamis, 28 Ogos 2014

im afraid...
i dont know why..
im just felt scared..
 emmmm -_-
i do nothing

#B.R.O.K.E.N_E.N.G.L.I.S.H#

Rabu, 27 Ogos 2014

(>_<)

kenali musuh mu dan
engkau tidak akan pernah tewas dalam
peperangan.

-_- 

ungkapan yang acapakali ku sebut sendiri.. 

12.46 am
28/8/2014

hati ni gelora lagi..
mungkin
mungkin
mungkin..

pelanduk kebenaran patah tanduk nya
sungai ilham kering air nya
ular perjuangan hilang bisa nya

errrrrr
aku makin hari makin tenggelam dalam emosi
..kenapa 
saat aku mula percaya kembali
dia meragut kepercayaan itu
saat aku mulai berani
dia dendam ketakutan padaku
saat aku mula membenci
dia bahagia..



Jumaat, 22 Ogos 2014

ayuh teman2 kita DAKWAH

AL JANIBUDDAQWAH

Aspek dakwah

Ayuh kita muhasabah!!!
Sekali sekala kita berfikir, bagaimanakah kerja- kerja dakwah telah kita lakukan?

Buat ataupun tidak??

Memang tak dinafikan , ada orang dia mengata : Saya ustaz saya nak dakwah macam mana ? Saya tak pandai ceramah.. Kalau saya pandai syarahan saya dakwah lah..

Jangan.!

Dakwah bukan nya percakapan..
Percakapan salah satu sahaja kaedah dakwah

Dakwah ini termasuk lah juga body languange, dipanggil sebagai dakwah bilhal

Contoh...Kalau kita nampak budak- budak yang duduk-duduk tak nak sembahyang maghrib lagi, tak mesti kita pergi dekat dia bagi tazkirah .
Tak perlu.."adik-adik sekalian,sesungguhnya ALLAH SWT meletakkan sembahyang sebagai kefardhuan"..

SaPa nak dengar?,budak-budak -_-..Masjid boleh lah cakap macam tu..
Kalau budak-budak tak perlu cakap begitu.

Itu sebab , kalau ada jual di pasaran t-shirt2.. sekarang ni orang dakwah pakai t-shirt.
Dulu kita selalu beli t-shirt gambar-gambar yang tak da faedah.
Gambar itu gambar ini.. Tak derr makna.

Sekarang orang dah jual t-shirt yang printing tulis kalimat dakwah.
Tulis pada baju "SUDAHKAH ANDA SOLAT"
Simple saja..

Tapi bila kita pakai , melintas di kawasan orang yang belum sembahyang, dia "terpukul"..(hal lamakk -_-)
Padahal kita tak cakap pon baju kita sahaja yang bercakap.


Teringat NABI MUSA AS...
Nabi Musa ini, dia diberikan wahyu, di berikan amanah untuk berdakwah.
Nabi MUSA hampir letak jawatan..APA SEBAB..
Nabi MUSA ini ,dia tak pandai cakap.tak boleh dakwah.
kerana lidah nya cacat..
kan Nabi Musa terkenal doa nya sampai sekarang..

RABBISYRAHLISAODRIWAYASIRLIAMRIWAHLUL UQDOTALMILLISANI YAFFAQUQAWLI.."TOLONG BUKAK KAN BELITAN PADA LIDAH KU INI"

Nabi MUSA tak pandai ceramah..
sebab itu Nabi Musa ,pembantu nya Nabi Harun..
Nabi Harun yang bantu banyak dia untuk jalan kan kerja dakwah..
Namun disebabkan dakwah adalah tanggungjawab.
Dia tak tinggalkan kerja dakwah..
Dia mintak dengan tuhan..YA TUHAN BAGI AKU SATU ALAT YANG BOLEH BANTU AKU DAKWAH.
Tuhan bagi dia tongkat.Tongkat itu tongkat Nabi MUSA sendiri, tapi diberikan mukjizat.
Hanya dengan tongkat, dia boleh berani dakwah sampa ke istana firaun..
Dengan tongkat sahaja .bukan dengan pidato yang berapi-api..

Erti nya kalau kita kita tak boleh syarahan,ceramah sekalipun,,
Gunakan lah tongkat- tongkat...

APA TONGKAT KITA??

IPAD, IPHONE,GALAXY TAB,

Itulah tongkat kita......

Saya fikir kalau Nabi MUSA ada ipad,
waahhhhhh!!!!
Sampai AMERIKA dia dakwah... ^_^

Kita kan ada itu..
Berapa banyak orang yang post dalam facebook dia perkara yang bemanfaat,,
berbanding dengan lepas masak ambil gambar letak facebook??

Nasik goreng telor mata jerr
Pliup-pliup hanta..
La ila ha illallah!!
Apa faedahnya??

Baru roti bakar.
Pliup-pliup sent.
Semua orang tengok.."oooo,,masaka roti bakar"

Bukan tak boleh,,,APA FAEDAHNYA??

separuh jiwa yang pergi

#mereka.cuma.mampu.mendengar.tetapi.tidak.memahami.

Saat setitik demi setitik air mata kehilangan itu mulai menyapa lembut pipi..
Saat masa itu makin laju berdetik..
Mungkin kala itu cuma tangisan
Mungkin kala itu cuma penyesalan
Kesedihan
Kehilangan
Kehidupan yang aku jalani bagaiakan suram cahaya kegembiraan

Seringkali rayuan kalau
kalau
dan kalaulah
masa itu maapu kembali
berputar ke masa lalu..

Tapi..  sejauh mana pun ilmu yang ku cari
Sehebat mana pun aku berdiri
Sekaya mana pun kumiliki
Aku tak mampu untuk kembali ke masa lampau..

Dan aku mulai sedar..
Kehilangan itu mengajar aku untuk sebuah kerinduan..
untuk kekuatan berdiri semula

ujian itu tanda kasih dan sayang 
maka ingin ku dapat kan sayang itu..


Aku terbaca satu rangkap ayat seorang penulis yang buat kan aku semangat ...
:)
Keyatiman Muhammad s.a.w menjadi cermin atau pelajaran bagi segenap anak yatim di setiap zaman dan dimana pun berada.

Supaya mereka mengetahui bahawa menjadi yatim bukanlah sebuah seksaan dan penderitaan.

Menjadi yatim bukan bererti kita boleh berpangku tangan mengutuk nasib serta mengharapkan belas kasihan orang laen. 

..............................




Rabu, 20 Ogos 2014

KEMERDEKAAN

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/304925_10151049103937151_62970672_n.jpg
KEMERDEKAAN-31 OGOS  1957

   Assalamualaikum...

TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.

 Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.
  • Erti sebenar kemerdekaan ialah bebas dari cengkaman penjajah dan anasir luar..
  • Sumbangan yang  dilakukan adalah menghormati lagu negaraku, menjaga maruah dan kedaulatan negara..
    tema kemerdekaan 2014
  • Kefahaman tentang kemerdekaan adalah kita rakyat yang bebas dari dijajah dan ditindas oleh anasir luar yang ingin menjatuhkan kita.